Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Isma Johor Disambut Meriah

JOHOR BAHRU, 17 Julai 2017 – Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Isma Johor Bahru yang diadakan di Dewan Malaysia Productivity Corporation (MPC) baru-baru ini disambut meriah dengan kedatangan hampir 350 orang tetamu dari sekitar daerah Johor.

Acara tahunan yang diserikan lagi dengan persembahan kanak-kanak dari Kelab NAZIM, SRI i-Quranic Centre dan kumpulan THE FAITH ini berjaya mengumpulkan bukan sahaja ahli-ahli Isma tetapi juga segenap lapisan masyarakat yang menyokong agenda dan aktiviti Isma Johor Bahru selama ini.

Ini bertepatan dengan amanat yang disampaikan oleh tuan YDP Isma JB, Tuan Hj Tahir Hamdan yang menyeru agar kita bersatu membina kekuatan, menjauhkan perpecahan dan mencari titik persamaan untuk bersama-sama membina masyarakat yang berpegang kepada Islam.Beliau juga menegaskan di dalam ucapan alu-aluannya agar kita tidak berpecah disebabkan hal- hal yang sunat yang menyebabkan terhakis ukhuwah yang merupakan perkara wajib dalam Islam serta peri pentingnya merapatkan kasih sayang sesama muslim.

Di antara wakil persatuan,NGO dan badan politik yang hadir ialah Pengerusi Masjid Bukit Mutiara, Setiausaha Perhubungan PAS Johor, pegawai dari Yayasan Pelajaran Johor (YPJ), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor Bahru serta wakil dari HELWA Masjid Sultan Iskandar.
Majlis yang berlangsung dari jam 8 sehingga 10.30 malam ini dimulakan dengan nyanyian lagu rasmi Isma serta tayangan montaj khas ‘Dasawarsa Isma JB’ sempena meraikan 10 tahun kewujudan Isma cawangan Johor Bahru. Majlis juga dimeriahkan dengan cabutan bertuah, jamuan nasi beriani istimewa dan pelbagai juadah yang menarik.
Majlis yang berlangsung dengan begitu meriah ini membuktikan Isma cawangan Johor Bahru telah mengorak langkah dengan lebih j.auh lagi dan akan terus berjuang demi kepentingan dan kemaslahatan masyarakat setempat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *