Majlis Rumah Terbuka ISMA K.Terengganu Meriah

K.Terengganu, 8 Julai – ISMA Kuala Terengganu (ISMA KT) telah menganjurkan majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri hari ini. Majlis telah diadakan di kediaman Yang Di-Pertua ISMA KT, Ustaz Dr. Razali Musa. Majlis bermula seawal jam 9:30 pagi dan berakhir kira-kira pada pukul 1:00 petang. 

Lebih kurang seramai 200 orang tetamu telah hadir ke majlis ini. Pelbagai hidangan yang enak telah dihidangkan kepada para tetamu yang hadir. Pelbagai aktiviti juga telah diadakan sepanjang majlis seperti persembahan nasyid oleh wakil NAZIM, kuiz riang ria hari raya dan pembahagian duit raya kepada kanak-kanak. Rata-rata tetamu yang hadir berpuas hati dengan perjalanan majlis dan layanan yang diberikan oleh ahli-ahli ISMA KT.

“Tujuan utama majlis ini diadakan adalah bagi merapatkan hubungan masyarakat setempat dengan warga ISMA Kuala Terengganu” berkata YDP ISMA KT, Ustaz Dr. Razali Musa.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *