Malam Inspirasi Perjuangan (PEJUANG) 2016

pejuang

PENGENALAN

Malam Inspirasi Perjuangan (PEJUANG) adalah majlis makan malam perdana untuk mengenang kembali perjalanan tokoh dan ulama Melayu dalam membangun umat Melayu serta mendaulatkan Islam di tanah air tercinta. Malam PEJUANG mengenang cabaran mereka berhadapan penjajahan timur dan barat yang mempunyai norma dan perspektif berbeza dari masyarakat Melayu dan agama Islam sehingga terpaksa terkorban dan bergadai nyawa demi agama, bangsa dan negara.


KENAPA ANDA PERLU HADIR?

Anda perlu hadir supaya:

✔️ ANDA menghayati keperitan datuk nenek moyang dahulu untuk memastikan ANDA masih Islam
✔️ ANDA tidak mengangkat tokoh yang salah sebagai idola perjuangan
✔️ ANDA tidak menjadi mangsa percaturan barat sebagai generasi yang melupakan pejuang sebenar
✔️ ANDA mengenali dan menghayati hiburan sebenar orang Melayu Muslim


APA ISTIMEWANYA PEJUANG 2016?

  • Makan malam perdana
  • Persembahan silat
  • Persembahan gamelan
  • Deklamasi sajak patriotik
  • Persembahan lagu patriotik warisan oleh Roslan Madun dan Haziq AF4
  • Tayangan video PEJUANG 2016


VIDEO PEJUANG 2016

Dalam suasana penjajahan yang sedang berlaku di Tanah Melayu dan seluruh dunia di era Perang Dunia Pertama dan Kedua, wujud sebuah rangkaian ulama’ nusantara yang sentiasa memperjuangkan maruah bangsa dan mempertahankan kedaulatan Islam di tanah air daripada dirobek oleh kuasa penjajah.

Di Pantai Timur semenanjung Tanah Melayu, pejuang yang masyhur dalam rangkaian tersebut adalah Tok Ku Paloh, Dato’ Bahaman dan Abdul Rahman Limbong. Catatan sejarah telah menunjukkan kesungguhan dan pengorbanan mereka mempertahan maruah bangsa Melayu dan kedaulatan Islam di tanah air bukan sekadar dengan ilmu tetapi juga dengan strategi dan kemahiran yang mengejutkan pihak penjajah.

Perjuangan mereka merupakan suatu inspirasi agung buat generasi pewaris perjuangan yang akan dipaparkan di malam PEJUANG 2016. Nantikan!


AYUH HADIR! 

  • Malam Inspirasi Perjuangan 2016 (PEJUANG)
  • Ideal Convention Center (IDCC), Shah Alam
  • 24 September 2016 | Sabtu
  • 7.30 malam – 11.00 malam
  • Yuran RM 150 sahaja


PENDAFTARAN

Daftar sekarang secara atas talian di: http://pejuang2016.eventbrite.com
atau hubungi hotline 0132789146 (whatsapp/telegram)


TAWARAN ISTIMEWA UNTUK 100 PELAJAR PERTAMA!!

Dapatkan tiket ke Malam Inspirasi Perjuangan 2016 (PEJUANG) dengan diskaun RM 30 khas buat para pelajar dan mahasiswa!

Sebelum diskaun = RM 150
Selepas diskaun = RM 120 SAHAJA !!

📱 Whatsapp “PEJUANG30” ke 013-278 9146

FB: https://facebook.com/inspirasipejuang
Event: https://www.facebook.com/events/1098078116937240/

❗️Tempat terhad. Daftar sekarang❗️


ANJURAN

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)

#inspirasipejuang
#mewarisiperjuangansilam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *