Malam Srikandi Beliawanis Isma Australia: Mempertahankan Jati Diri Agama, Bangsa dan Negara

ADELAIDE, 15 Zulkaedah 1438H – Beliawanis Isma Australia bakal menganjurkan satu malam istimewa buat mahasiswi Malaysia di Adelaide bersempena Bulan Kemerdekaan dan kemuncak kempen Muliamu Wanita Kerana Islam (MUWIS).

Bertemakan “Wanita Syurga Bidadari Dunia”, program tersebut adalah bertujuan untuk menanam perasaan bangga dengan agama dan bangsa dalam jiwa mahasiswi, dengan menelusuri kisah hidup perjuangan srikandi ummah pada zaman Rasulullah serta srikandi-srikandi Melayu yang berjuang mempertahankan bangsa dan negara. Ia juga bertujuan memberi kesedaran kepada mahasiswi bahawa Islam adalah solusi kepada segala permasalahan yang berlaku di dunia ini dan mengeratkan silaturrahim sesama mahasiswi di Adelaide.

Antara aktiviti yang bakal berlangsung pada malam tersebut ialah persembahan alat muzik, deklamasi sajak dan pantun, nyanyian nasyid perjuangan, persembahan kemerdekaan, tayangan video montaj pejuang, sesi perkongsian oleh Ketua Beliawanis ISMA South Australia dan Timbalan Biro Tarbiyah ISMA South Australia, pameran srikandi-srikandi Islam dan Melayu, cabutan bertuah, dan hidangan makan malam istimewa oleh Chef Afifi Bakri.

Berikut merupakan butiran program:

Tarikh: 19 Ogos 2017 (Sabtu)
Masa: 7 malam
Tempat: Rumours Cafe, Level 6, Union House, University of Adelaide, Australia

Semua dijemput hadir untuk meraikannya bersama-sama dengan kami!

Daftar di sini: Daftar

Disediakan oleh:
ANIS AMELIA ISA
Ketua Beliawanis Isma South Australia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *