MAPAN 2017 : KRIM Johor Gondol Dua Anugerah

 BANGI, 1 Mei – Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Johor berjaya merangkul dua anugerah dengan mengalahkan 30 cawangan lain sempena program Himpunan Penggerak Remaja Nasional (MAPAN 2017) yang telah berlangsung di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) di sini baru-baru ini.

Anugerah yang berjaya dibawa pulang adalah Anugerah Pencapaian Xpresi Terbaik 2016 dan Anugerah KRIM Cawangan Harapan.

Pengerusinya, Muzhaffar Mohd Zaki ketika diminta mengulas tentang kemenangan itu berkata, kemenangan ini merupakan pengiktirafan yang diberikan oleh KRIM Nasional kepada KRIM Johor Bahru di atas komitmen dan kesungguhan melaksanakan misi dan visi KRIM serta sasaran indeks pencapaian (KPI) dan program yang ditetapkan.

“Anugerah ini merupakan pengiktirafan yang besar buat KRIM Johor untuk terus membangkitkan semangat penggerak agar terus komited melaksanakan amanah membimbing remaja harapan ummah.

“Tambahan pula, Anugerah Cawangan Harapan ini diberikan kepada KRIM Johor berdasarkan prestasi yang memuaskan dalam projek yang perlu dijalankan oleh KRIM di seluruh cawangan iaitu Xpresi, Akademi Remaja KRIM (ARK) dan kempen.

“ Selain itu, komitmen berterusan KRIM Johor dalam aspek kemenjadian remaja yang bernaung sebagai ahli kelab menjadi faktor penting KRIM Johor dinobatkan sebagai cawangan Xpresi Terbaik 2016,” jelas Muzhaffar dengan panjang lebar.

Mengakhiri ulasannya, Muzhaffar mengingatkan seluruh penggerak KRIM bahawa sesungguhnya kemenangan yang hakiki adalah di sisi Allah yang pastinya akan memberikan penilaian amal dakwah terhadap golongan remaja ini dengan anugerah yang lebih adil kelak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *