Material bukan ukuran sebuah kekuatan

SUNGAI UDANG, 24 Mac – “Banyak orang yang mengukur sebuah kekuatan dengan penilaian material. Sedangkan kekuatan yang sebenar itu adalah kekuatan iman dan ukhuwah. Perkara ini telah dibuktikan oleh Rasulullah dan para sahabat dalam perang Qadisiyah dan perang Yarmuk yang menampilkan sedikitnya jumlah muslimin mampu mengalahkan musuh yang lebih ramai”, ujar Yang di-Pertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Melaka Ustaz Ir Hj Mohd Khoushaini Mohd Naim dalam ucapan penutupnya di program PERINTIS 1.0 anjuran Pembina Melaka baru-baru ini.

Semasa ucapan tersebut, beliau menyeru para peserta agar menjadi pendakwah kerana dakwah adalah amalan yang paling baik dan dengannya Allah akan mudahkan urusan kehidupan.

“Kita perlu menyediakan diri kita untuk di dik menjadi hebat seperti para sahabat Rasulullah. Kerana mereka adalah contoh teladan yang baik dalam berdakwah kepada Allah,” ujarnya.

Beliau turut berkongsi formula kejayaan 4k iaitu Kembali kepada Allah, Kuatkan ukhuwwah, Kuasai kemahiran dan Kerja kuat.

Program PERINTIS 1.0 ini merupakan inisiatif Pembina Melaka bagi memantapkan lagi gerak kerja aktivis Pembina di seluruh negeri Melaka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *