Perkasakan Penyampaian Mesej Islam melalui Media

 

oleh Iqrar Zahin

KOTA SAMARAHAN, 2 NOV – “Media adalah elemen penting untuk memperkenalkan entiti dakwah dan mesejnya” ujar Ustaz Abdul Rahman bin Ismail, Yang Di-Pertua (YDP) ISMA Samarahan, dalam ucapan penutupnya untuk Bengkel Komunikasi dan Multimedia ISMA semalam yang telah diadakan baru-baru ini.

Bengkel ini dihadiri oleh ahli Biro Komunikasi (BKOMC) ISMA Samarahan untuk memberikan kesedaran pentingnya media dalam mencorakkan minda masyarakat yang serba tahu berita terkini melalui media dalam talian.

Malah, bengkel ini juga melengkapkan ahli Biro Komunikasi (BKOMC) dengan asas ilmu kewartawanan supaya menimbulkan bakat baru untuk menyebarkan mesej dakwah.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *