Memburu Lailatul Qadar

PARIT RAJA, 16 JUN – Dalam 10 hari terakhir Ramadhan, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Batu Pahat tidak melepaskan peluang dengan mengadakan iktikaf di Masjid Sultan Ibrahim, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) baru-baru ini.

“Manusia tidak lekang mencari perkara keduniaan, dalam Ramadhan hampir pergi ini perlulah kita mendekati Allah dan mencari pahala sebanyak yang mungkin untuk kita menghadapi bulan seterusnya..” katanya YDP ISMA Batu Pahat, Cikgu Zulkiplee Hassan melalui satu sesi perkongsian.

Program ini telah disertakan dengan pelbagai slot perkongsian dan tadarus untuk mengisi hati peserta dengan keindahaan al-Quran.

Selain itu, dalam masa terluang peserta juga dinasihati membuat aktiviti untuk meningkatkan lagi ketakwaan kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Qadr, ayat 2 hingga 3: “Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadr itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan”.

Akmal Zaki Akhbar Ali

Wartawan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *