“Mereka telah menggegar dunia dengan kejayaan mereka, anda juga mampu!” – Pengerusi Isma Australia

BRISBANE, 10 Mac – Permulaan sejarah hidup pelajar-pelajar baru di Australia disambut oleh program Kickstart 2017 yang dianjurkan oleh Isma Australia di 4 buah Bandar utama di Australia iaitu Brisbane, Sydney, Melbourne dan Adelaide.

Anuar Azemi yang merupakan Pengerusi Isma Australia berkongsi pandangan dan harapan beliau berkenaan program ketika ditemubual.

“Isma Australia telah berjaya mendahului persatuan-persatuan lain dalam menganjurkan program khusus bagi pelajar-pelajar baru bagi tahun 2017 dikatakan sebagai persiapan bagi menghadapi cabaran dan pengalaman sebelum semester bermula.

“Saya percaya dan yakin bahawa Kickstart 2017 mampu mempersiapkan kekuatan mental pelajar-pelajar baru di Australia.” Kata beliau.

Beliau turut menekankan perkaitan antara aspirasi Isma Australia dengan objektif program.

“Program ini menekankan aspek kecemerlangan akademik di samping mengambil berat tentang aspek pembinaan jati diri sebagai seorang pemimpin masa depan bagi negara, bangsa dan negara.

“Ini bertepatan dengan slogan ‘Membangun Mahasiswa Pemimpin Ummah’ yang sering dilaungkan oleh Isma Australia,” ujarnya.

“Mereka telah menggegar dunia dengan kejayaan mereka, anda juga mampu!” Pesan Anuar lagi.

 

Ditulis oleh:
Imran Harith bin Azmy
Ketua Penerangan Isma Australia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *