Misi Bantuan Banjir Kelantan 2017

 

KOTA BHARU, 1 Disember – i-Medik, Yayasan Ikhlas, PEMBINA, Pemuda ISMA, pemain IKFC, dan para sukarelawan akan ke daerah Rantau Panjang awal pagi esok dalam misi memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang terjejas teruk dengan kerjasama pihak Bomba negeri Kelantan. Pada ketika ini, mereka sedang bertungkus lumus dalam membuat persediaan rapi untuk hari esok.

Beberapa ahli sukarelawan telah membuat pantauan petang tadi di daerah berkenaan bagi mengenal pasti rumah-rumah yang terlibat.

Misi Banjir Kelantan 2017 kali ini diketuai oleh Dr Afif merangkap Pengerusi i-Medik Kelantan.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *