Motivasi zuhud dunia demi akhirat dalam program Nazim

KAJANG, 23 Oktober – Seruan Allah SWT dalam bentuk motivasi agar manusia zuhud kepada dunia dan bersemangat menggapai akhirat dizahirkan didalam program anjuran Kelab Anak-anak Hebat Nazim Kajang.

Program Smart Aulad Circle itu mengambil tema Ibrah Al-‘Adiyat memberi peluang peserta memahami dan mentadabbur maksud dan sebab diturunkan surah al-Adiyat.

Bertempat di Pusat Komuniti Isma Kajang (PKIK) program ini mengajak peserta mengenali Zaid ibn Thabit sahabat Rasulullah saw dan mempelajari semangat beliau yang boleh diambil sebagai teladan.

Seramai 23 orang peserta turut mempelajari dan menghafal doa keluar dari rumah sebagai amalan pelindung diri.

Menurut pengarah program Siti Mashitah Muhamed ibu bapa memberikan reaksi positif terhadap program yang diadakan kali ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *