Muzakarah Ulama: Aplikasi Maqasid Siyasah Syar’iyyah dalam konteks Malaysia

muis

Pendaftaran Muzakarah Ulama: Aplikasi Maqasid Siyasah Syar’iyyah dalam konteks Malaysia kini dibuka!

Majlis Ulama ISMA (MUIS) akan menganjurkan Muzakarah Ulama bagi membincangkan isu semasa yang berlaku dikalangan umat Islam khususnya di Malaysia.

Muzakarah kali ini merupakan kali yang keempat dianjurkan oleh MUIS. Sebelum ini muzakarah telah banyak membicarakan isu semasa berkaitan kepentingan umat di Malaysia iaitu mengundi calon muslim berwibawa, fiqh kewarganegaraan serta ancaman comango.

Maka isu yang akan dibincangkan dalam muzakarah kali ini berkait Maqasid Syariah. Ianya adalah satu istilah yang telah disebar luaskan dalam kefahaman masyarakat kita pada hari ini secara terbuka khususnya dalam perkara berkaitan politik. Sehinggakan bukan Islam sendiri secara tanpa segan silu menggunakan istilah secara terbuka.

Melihat kepada keadaan ini MUIS merasakan satu keperluan untuk mengumpulkan asatizah serta ulama di Malaysia bagi membincangkan isu secara mendalam bagi menjamin kemaslahatan umat Islam hari ini.

Dengan 3 sesi pembentangan kertas kerja, lebih 30 panel diskusi yang akan membincangkan hal ini secara mendalam hingga lahir sebuah resolusi serta anda yang berpeluang menjadi sebahagian daripada 200 orang yang bakal menjadi pemerhati kepada muzakarah ini.

Memandu Masyarakat Memartabat Syariat!

————————————————-
Muzakarah Ulama : Aplikasi Maqasid Siyasah Syar’iyyah dalam konteks Malaysia (12 Nov 2016; PICC, Putrajaya)
Maklumat lanjut: http://muis.org.my/muzakarah-ulama-maqasid-siyasah-syariyyah/
Daftar terus: http://bit.ly/muzakarahmaqasid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *