Muzakarah Ulama: Fiqh Muwatanah (Kewarganegaraan) – 2 April 2016, UKM

Majlis Ulama ISMA (MUIS) dengan kerjasama Biro Dakwah ISMA akan menganjurkan Muzakarah Ulama bagi membincangkan isu semasa yang berlaku di kalangan umat Islam khususnya di Malaysia.

Muzakarah kali ini merupakan kali yang ketiga yang dianjurkan oleh MUIS. Namun perbezaan kali ini adalah penganjurannya akan dilakukan secara terbuka dengan adanya pemerhati, berbeza sebelum ini yang diadakan secara tertutup.

Isu yang akan dibincangkan dalam muzakarah kali ini berkait Fiqh Muwatanah (kewarganegaraan): Model Piagam Madinah dan aplikasi dalam konteks Perlembagaan Persekutuan dan masyarakat majmuk di Malaysia.

Dengan 3 sesi perbincangan, 5 pembentang kertas kerja, 30 ahli muzakarah serta anda yang berpeluang menjadi sebahagian daripada 200 orang yang menjadi pemerhati kepada muzakarah ini.

Memandu Masyarakat Memartabat Syariat!
————————————————-
Muzakarah Ulama: Fiqh Muawatanah (2 April): http://muis.org.my/muzakarah-ulama-fiqh-muwatanah/
Daftar terus: bit.ly/muzakarahulama

fiqhmuwatanah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *