Nadwah Kepimpinan Pelajar hasrat lahir pemimpin ummah

DSC_1016 copy

Oleh Shariful

LENGGONG, 17 Dis – “ Hasil daripada penyertaan saya di Nadwah Kepimpinan Pelajar (NKP) 2015 ia telah memberi satu inspirasi dan keazaman yang baru kepada saya dan rakan-rakan untuk menjadi pemimpin yang cemerlang dan berjaya menerusi jalan tarbiyah, kerana kami adalah pemimpin ummah,” ujar Azim Mazlan, 16, ketika ditemui selepas NKP 2015 yang diadakan di Kolej Kemahiran Tinggi (KKTM) Lenggong baru-baru ini.

Azim juga bersemangat untuk berubah ke arah yang lebih baik dan seterusnya menjadi seorang pemimpin ummah yang berjuang di atas landasan syariat islam.

Peserta daripada Negeri Sembilan pula, Aufa Danial, 16, menyatakan slot yang sangat memberi kesan kepadanya adalah slot Forum dan Bicara Tokoh yang bertemakan kepimpinan ummah.

Slot-slot ini telah di kemudikan oleh pelbagai tokoh-tokoh pemimpin tanah air yang menjadi ikon kepada remaja. Mereka terdiri daripada kalangan ahli akademik, aktivis kemasyarakatan, tokoh-tokoh belia, tokoh-tokoh guru dan sebagainya.

Program Nadwah Kepimpinan Pelajar ini adalah program nasional yang pertama kali dianjurkan oleh Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-GURU) dan ianya akan menjadi program tahunan kepada pertubuhan tersebut.

NKP ini telah disertai hampir 200 orang pelajar yang datang dari seluruh pelusuk tanah air yang telah dipilih oleh ahli-ahli i-GURU untuk melahirkan para pemimpin ummah.

Antara objektif NKP adalah memberi kefahaman kepada pelajar tentang serangan pemikiran, memberi kemahiran kepimpinan, dan memberi kesedaran tentang kepimpinan untuk melaksanakan syiar Islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *