Nazim Gombak semai semangat cintakan tanah air

Oleh Mohd Faiq Naquiddin Bin Md Pazin

Gombak, 25 Ogos – Kelab Anak-Anak Hebat (Nazim) cawangan Gombak telah menganjurkan satu program Ekplorasi Merdeka Nazim bertemakan “Terokai Sukan Sunnah”, hari ini.

Menurut Ketua Biro Keluarga & Masyarakat Isma Gombak, En Yassin Azman, objektif program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan sejarah dan semangat Hari Malaysia sejak dari usia muda terutama kepada golongan kanak – kanak.

Bertempat di Runbinga Heritage Horse Riding, Kg Changkat Gombak, lebih 50 orang peserta telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti permainan seperti menunggang kuda, memanah dan bermain teka-teki mengenai sejarah Malaysia.

Program yang bermula dari jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi itu merupakan sebahagian daripada pelbagai susunan aktiviti buat ahli-ahli Nazim.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *