Nazim Klang tekad pertahan kejuaraan

KLANG, 19 Mei – Kelab Anak Hebat (NAZIM) Cawangan Klang telah memulakan latihan intensif sejak minggu lepas lagi sebagai persediaan untuk Kejohanan Sukan Tradisional NAZIM 2017 yang akan berlangsung bulan hadapan.

“Kami mengambil inisiatif untuk memulakan latihan lebih awal untuk memastikan kejuaraan yang dimenangi pada edisi 2015 dapat dipertahankan”, ujar Puan Sazlina Rosli, Pengerusi NAZIM Klang ketika ditemui di padang latihan, baru-baru ini.

“Kira-kira 25 anak-anak yang terlibat dalam latihan kali ini. Walau bagaimanapun kami masih mencari beberapa lagi peserta perempuan yang belum mencukupi buat masa ini,” jelasnya lagi.

Kejohanan Sukan Tradisional NAZIM ialah acara dwitahunan yang mengangkat sukan tradisi seperti baling tin, konda kondi, tarik upih, batu seremban dan lain-lain lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *