Nazim Kuala Pilah atasi masalah ketagihan gadjet

photo208945129999935595Oleh Adli Adnan

KUALA PILAH, 30 April – Ibu bapa yang hadir bersama ke program aktiviti Kelab Nadi al-Azim (Nazim) menyokong penuh aktiviti anjuran Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) Isma Kuala Pilah.

Menurut Puan Nurul Ain, aktiviti-aktiviti kendalian NAZIM yang diadakan pada hari minggu dapat mengisi masa anak-anak dengan aktiviti yang bermanfaat selain tidak leka bermain gadjet sahaja.

 
Aktiviti yang berlangsung di Surau Madrasah Ubudiah tempoh hari telah dihadiri  kanak-kanak yang tinggal di sekitar Kuala Pilah.

photo195813151528298552
Program kali ke-3 untuk tahun ini memberi pendedahan kepada anak-anak NAZIM mengenai  konsep bersuci selain disertakan dengan pelbagai aktiviti lain seperti tayanan video animasi dan amali solat dhuha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *