NAZIM Kuala Terengganu Pupuk Semangat Cintakan Ramadan

KUALA TERENGGANU, 12 Mei – Kelab NAZIM cawangan Kuala Terengganu telah menganjurkan sebuah program ‘Istiqbal Ramadan’, bertempat di Dewan Komuniti Kampung Che Kundur. Seramai 20 orang perserta yang terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun telah menghadiri program ini.

“Objektif penganjuran program ini adalah untuk menanam semangat menyambut Ramadan, menjelaskan kepada ahli kelab NAZIM akan kebaikan dan keistimewaan Ramadan serta memupuk rasa berkobar-kobar untuk mengejar kebaikan dalam bulan tersebut” berkata Ustazah Hidayatul Sakinah, merupakan pengerusi kelab Nazim Kuala Terengganu.

 

 

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah hafazan Al-quran, slot tafsir surah Al-Asr, solat sunat dhuha berjemaah, pengisian mengenai Ramadan, kuiz Ramadan dan aktiviti membuat penanda buku.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *