Nazim Samarahan ajar anak tempatan mengaji

IMG_5781

Oleh Norlia bt Salleh

KOTA SAMARAHAN, 4 Feb- “Telah disebutkan dalam sebuah hadis bahawa, “Yang terbaik antara kamu adalah orang yang mengajar dan mengamalkan al Quran, semoga apa yang adik-adik hafal hari ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian dan diajar kepada rakan-rakan lain selepas tamat program nanti, ” kata Noor Nabilah Huda binti Tajudin dalam ucapan pembukaan sempena program Huffaz Cilik anjuran Kelab Anak-anak Hebat (NAZIM) Samarahan baru-baru ini.

Tambahnya lagi, program Huffaz Cilik yang diadakan ini adalah untuk memberi panduan kepada peserta tentang cara-cara menghafal surah-surah lazim dan hadis dengan mudah.

Di samping itu, program ini juga bertujuan bagi membiasakan peserta dengan bacaan al Quran yang betul.

Antara objektif program ini adalah bagi memupuk rasa cinta akan al Quran dan hadis, mendedahkan peserta kepada perkara-perkara sunnah dan meningkatkan kreativiti dalam kalangan peserta.

Turut diadakan beberapa aktiviti menarik seperti solat sunat Dhuha bersama, hafazan hadis dan al Quran, serta DIY kreatif yang menggalakkan peserta untuk menjadi kreatif dalam menghasilkan barang-barang hasil tangan sendiri.

“Saya suka program ini. Alhamdulillah, saya sudah hafal beberapa hadis dan surah-surah lazim. Saya akan datang lagi,” Muhd Hanafi bin Zaidan, 8, seorang daripada peserta Huffaz Cilik.

Turut hadir pada program tersebut adalah Cikgu Raja Nurul Huda binti Raja Ibrahim, Ketua Kelab Anak-anak Hebat (NAZIM) Samarahan, dan Ustazah Nuraini binti Mohd Salleh, Pengerusi Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Samarahan.

1 comment

Leave Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *