Pelajar di luar negara bimbang ancaman akidah di Malaysia

FORUMNEWYORK1
NEW YORK, 3 Jan – Para pelajar Malaysia di Amerika Syarikat menyatakan kebimbangan mereka terhadap ancaman akidah yang berlaku di Malaysia.
Isu Syiah, Comango dan kalimah Allah menjadi topik hangat yang dibincangkan dalam Forum Cabaran Umat yang dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Amerika Syarikat-Kanada. 

“Umat Islam di Malaysia kini dihimpit dengan pelbagai isu akidah. Seharusnya semua pihak memainkan peranan untuk mempertahankan akidah daripada sebarang penyelewengan,” ujar Zaizul Azizi Zaman, aktivis ISMA yang menjadi salah seorang ahli panel. 

Forum ini bertempat di Radisson Hotel Rochester Airport, New York dan telah dihadiri kira-kira 20 orang pelajar Rochester Institute of Technology. 

Forum ini merupakan salah satu siri Kempen Selamatkan Ummah yang telah dilancarkan oleh  Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang bertujuan meningkatkan kesedaran di kalangan umat Islam tentang bahaya ancaman fahaman liberalisme, kristianisasi dan Syiah ke atas umat Islam di Malaysia.
Forum ini turut menampilkan saudara Mohamad Arif bin Hamzah, Jurutera Shell Canada dan saudara Nur Hazlin bin Hazrin Chong, calon PhD microbiology UNSW, Australia sebagai ahli panel dan saudara Mohd Azfar Zafri bin Awang Damit selaku moderator dan juga pengarah program. 

Muhammad Adib Abdullah
Wartawan ISMA 

FORUMNEWYORK2