PEMBINA Perak kukuhkan jati diri beliawanis

Pembina Perak2
TELUK SENANGIN, 11 Mac – Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (UniKL MIMET) Kampus Lumut telah menganjurkan sebuah program rehlah di Pantai Teluk Senangin, Perak baru-baru ini.

Pelbagai aktiviti telah dilakukan bagi merapatkan ikatan persahabatan dan kemesraan sesama peserta mahasiswi. Antaranya yang dijalankan ialah permainan Bowling Padang dan pertandingan Mencari Harta Karun di samping diselitkan dengan santapan rohani.

Objektif penganjuran program santai ini adalah untuk menerapkan kefahaman tentang kemanisan berukhuwah kerana Allah di samping mendedahkan kepada para peserta tentang kepentingan tarbiyah dalam kehidupan sebagai seorang mahasiswi.

Objektif seterusnya memberi kefahaman secara tidak langsung tentang aspek tarbiyah yang merupakan salah satu sumber kekuatan bagi setiap jiwa muslim.

Program yang berlangsung separuh hari ini telah disertai seramai 20 peserta yang terdiri dari ahli PEMBINA UniKL MIMET dan Uitm Seri Iskandar.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *