Pemikiran serendah rumput di padang ragut – Kalam Tokoh Isma Pasir Puteh

Kesian seorang yang ada gelaran dan berjenama tetapi fikirannya kolot dan dayus. Malangnya lagi seorang yang pernah memegang jawatan tinggi dalam pendidikan tinggi tapi taraf pemikirannya serendah rumput di padang ragut selalu dipijak oleh semua orang dan dimakan oleh binatang ternakan.

Rasanya amat sesuai perumpamaan ini kepada kelompok manusia yang memandang rendah kepada ajaran Islam walaupun masih mengaku beragama Islam. Solat jemaah adalah suruhan Allah dan RasulNya. Apa kesan negatif jika pelajar dididik dan diasuh dengan solat berjemaah. Solat jemaah hanya melibatkan pelajar muslim sahaja. Pejabat Pendidikan Daerah tidak akan memaksa pelajar bukan beragama Islam untuk solat berjemaah.

Kalau kerana solat berjemaah dan aktiviti agama menyebabkan ramai pelajar bukan Islam tidak berminat untuk belajar di sekolah kebangsaan perlu dibuktikan kesahihannya. Atau ianya dakwaan palsu atau hanya prejudis semata-mata. Tiada kaitan antara solat jemaah atau aktiviti agama di sekolah kebangsaan yang menyebabkan pelajar bangsa lain tidak suka belajar di sekolah kebangsaan.

Kalau kita sebagai ibu bapa yang beragama Islam beriman dengan Allah Taala adakah kita akan rugi jika anak-anak kita dididik dan diasuh dengan solat jemaah di sekolah. Kalau kita merasakan ianya baik maka sebagai ibu bapa kita perlu menyokong usaha ini dan menentang golongan yang mendakwa sebagai Badan Bertindak Ibu Bapa Bagi Pendidikan yang menentang usaha sekolah untuk mendidik dan mengasuh anak-anak kita dengan solat berjemaah.

Jangan biarkan mereka begitu bermaharajalela dengan idea mereka yang palsu dan sakit. Pemikiran yang boleh merobohkan jatidiri bangsa dan agama. Jika ada kaum bukan Islam tidak berminat belajar di sekolah kebangsaan kerana solat berjemaah dan aktiviti agama tiada paksaan untuk mereka. Teruskan pengajian mereka ditempat lain. Jangan korbankan jatidiri bangsa kita kerana ingin menjaga hati bangsa lain. Jatidiri bangsa kita perlu diutamakan untuk keutuhan dan kestabilan negara kita. Mereka yang dayus dan berpenyakit sahaja berfikiran muflis.

Tak perlu ulasan yang panjang tentang hikmat solat berjemaah kerana ianya telah diketahui oleh semua muslim yang beriman kepada Allah Taala kecuali mereka yang sebaliknya walaupun nama mereka masih lagi bernamakan Muslim. Mendakwa kononnya mengetuai Badan Bertindak Ibu Bapa Bagi Pendidikan ( PAGE) , apa tindakan badan ini bila berdepan dengan gejala sosial melanda remaja sekarang ini. Atau sekadar mencari populariti untuk mendapat perhatian mana-mana pihak atau mereka sebenarnya berpenyakit jiwa pada tahap kronik. Tiada isu untuk melonjakkan diri selain dari menonjolkan idea yang palsu dan sakit.

Amat malu bila mendakwa sebagai Badan Bertindak Ibu Bapa Bagi Pendidikan sedangkan diri sendiri tidak menampakkan sebagai tokoh pendidikan yang berwibwa . Mendakwa mewakili ibu bapa , siapa ibu bapa yang diwakilinya sekurang-kurangnya sebut siapa ibu bapa tersebut. Kemungkinan ibu bapa yang sealiran dengannya bukannya mewakili semua ibu bapa. Beliau selalu bercakap masalah pendidikan, saya tidak memanggilnya tokoh dalam pendidikan kerana tiada apa ketokohan beliau dalam pendidikan.

Apa isu pendidikan yang beliau telah lontarkan dan jalan penyelasaiannya.

Setakat ini tiada apa-apa isu pendidikan yang boleh mendatangkan faedah kepada agama, bangsa dan negara. Apa yang berlaku beliau hanya bersuara bila ada unsur penerapan nilai akhlak melalui agama dalam pendidikan . Jiwanya sakit dan kosong dari sebarang idea. Kalau ada idea pun hanya mempromosi idea Barat yang amat menebal dalam dirinya. Menonjolkan diri hanya untuk mengagungkan perjuangan palsu yang akan hilang bersama fatamorgana. Kesian individu bersifat begini walaupun pernah berada ditempat tinggi dalam pendidikan dan perjawatan tetapi pemikirannya serendah rumput di padang ragut selalu dipijak pijak oleh semua orang yang berkepentingan dan dimakan oleh binatang ternakan .Akhirnya mati kekeringan.

 

Ustaz Sharipudin bin Ab Kadir
YDP Isma Pasir Puteh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *