Pemimpin ummah harus kalis dengan serangan pemikiran

DSC_0699 copy

Oleh Shariful

LENGGONG, 17 Dis – “Salah satu objektif program adalah untuk mendedahan kepada peserta sebagai pemimpin ummah berkaitan dengan serangan pemikiran yang akan merosakkan masa hadapan mereka daripada pelbagai sudut,” kata Pengarah Nadwah Kepimpinan Pelajar (NKP) Cikgu Mohamad Nurza’im bin Ab. Sota.

Tambahnya lagi, terdapat agenda jahat terhadap umat Islam secara khusus terutamanya para remaja muslim agar generasi mereka ini tidak lagi berdaya untuk memimpin masyarakat malahan diri mereka sendiri dan seterusnya akan meletakkan islam ke dasar kehinaan yang paling teruk.

“Kefahaman yang jelas terhadap bagaimana modus operandi serangan pemikiran terhadap umat islam adalah perlu bagi mempersiapkan diri para peserta NKP agar kalis dengan anasir-anasir tersebut yang menjadi pra-sayarat terhadap ciri seorang pemimpin ummah,” ujarnya lagi.

Nurza’im juga berkata selain daripada latihan kepimpinan, para peserta juga diterapkan dengan nilai ukhuwah Islamiyah di antara mereka dengan meletakkan sasaran agar mereka menjadi seorang pemimpin ummah.

“Matlamat akhir tugas seorang khalifah adalah menjadi seorang pemimpin ummah yang akan melaksanakan syiar islam dalam kehidupannya,” katanya.

Kesemua 200 peserta digelar sebagai pemimpin ummah kerana telah dipilih khas oleh penganjur iaitu Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-GURU) untuk menyertai NKP pada tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *