Pemuda Isma lantang tegakkan perjuangan sebenar

Kuang, 6 Zulhijjah 1438H, Isnin- Pemuda Isma perlu lantang dalam mewakili anak muda dalam menegakkan perjuangan yang sebenarnya, tegas Presiden Isma, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman.

Beliau turut menyeru agar Pemuda Isma bersifat inklusif dan berfikir bagi pihak anak muda Malaysia dan mewakili puak majoriti. Pemuda Isma juga diseru untuk bangkitkan anak muda tanah air dari kelesuan dan memandu agenda mereka sendiri.

Beliau juga mengingatkan bahawasanya penubuhan Pemuda Isma adalah untuk mencari anak muda yang mempunyai sifat kelelakian dan kehebatan.

“Penubuhan pemuda adalah misi mencari jantan, ini adalah misi yg sangat penting. Kita juga berharap para ahli Pemuda Isma dapat mencalonkan diri untuk kepimpinan akan datang. Kita kena ada kehendak untuk membina masa depan yang kita lakar sendiri. Perlu ada aras pemikiran dan keberanian yang tinggi pada peringkat ini,” katanya pada Majlis Penutup, Muktamar Pemuda Isma 2017 pada hari ahad lepas.

Menurut Ketua Pemuda Isma, Muhammad Farid Hussin, Pemuda Isma akan menumpukan usaha untuk membina nilai lasak, gagah, berani dan terampil dalam jiwa anak muda negara bagi menyediakan generasi anak muda sebagai pemimpin negara masa sekarang dan akan datang.

“Kita akan sama-sama menggembleng tenaga turun ke lapangan untuk membangunkan potensi anak muda dan menggarap keupayaan mereka. Kita akan lahirkan pemuda yang lasak, gagah, berani dan terampil.”

“Saya menyeru para pemuda untuk bersama-sama menjayakan misi ini. Kita perlu mulakan supaya akan dapat dicontohi sekalian anak muda”

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *