Pemuda ISMA Subang menghimpun pemuda dengan futsal

Subang Jaya, 16 Januari – ‘Jom Kita Futsalling’ semalam dimeriahkan dengan kehadiran ramai tokoh pemuda Subang Jaya seperti Ustaz Azrin, Ustaz Farhan, Ustaz Naim, Sdr. Qamarul Nazrin, Sdr. Hilman dan Sdr. Rahmat.

Setelah tamat perlawanan, para peserta telah diberi santapan rohani yang disampaikan oleh Saudara Qamarul Nazrin.

Saudara Qamarul Nazrin yang merupakan tokoh pemuda di Subang Jaya ini memperingatkan pemuda selepas bermain futsal bahawa mereka merupakan duta-duta Islam baik di tempat kerja mahupun di kawasan kejiranannya.

“Kita wajib jadi nombor satu dalam segala perkara baik akhlak ataupun jasmani seperti main futsal ini. Oleh itu, kita perlu sentiasa menambahnilai dalam diri kita jika ada kekurangan seperti ilmu agama dsb”, kata AJK Tertinggi Pembina seluruh Malaysia ini.

‘Jom Kita Futsalling’ adalah aktiviti riadah mingguan anjuran Pemuda ISMA Subang Jaya dengan kerjasama Kelab Remaja ISMA yang menghimpunkan remaja dan belia dari sekitar Subang Jaya dan USJ.

Ikuti perkembangan Pemuda Isma Subang Jaya di media sosial!

 

Telegram: t.me/pemudaismasubangjaya

Facebook: fb.com/pemudaismasubangjaya

Instagram: instagram.com/pemudaismasubangjaya

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *