Pengerusi PEMBINA Cawangan Kuala Kangsar Raih Anugerah Tokoh Belia di MATK 2018

Oleh : Siti Fatimah binti Abdul Mutalib

Pengerusi Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Kuala Kangsar, Cikgu Mohamad Norza’im bin Ab Sota melahirkan rasa syukur kepada Allah dan berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan selepas berjaya menerima Anugerah Tokoh Belia di Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan ke-11 (MATK) 2018.

Majlis yang berlangsung di Institut Genom Bangi itu telah diadakan pada 31 Mac 2018. Majlis gilang-gemilang ini telah dihadiri oleh pimpinan PEMBINA institusi pengajian tinggi dan cawangan dari seluruh negara.

Pemilihan tersebut adalah berdasarkan khidmat cemerlang beliau sepanjang menjawat jawatan pengerusi PEMBINA di dua cawangan iaitu Kuala Kangsar (2014-2017) dan Kuala Lumpur (2011-2013)

“PEMBINA adalah medium terbaik untuk menyemai jiwa kepimpinan yang sedia ada dalam diri setiap individu”, ujar beliau lagi.

Beliau juga mendedikasikan kejayaan ini kepada Yang Di Pertua Isma Kuala Kangsar dan Kuala Lumpur atas dorongan dan sokongan sepanjang berkhidmat bersama.

“Usaha keras ahli jawatankuasa dan ahli PEMBINA cawangan Kuala Kangsar dalam menggerakkan aktivisme merupakan penyumbang utama kepada kejayaan ini, di samping sokongan isteri yang sentiasa memahami dan membantu”.

Tambah beliau lagi ketika diminta untuk berkongsi tentang rahsia kejayaan yang diraih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *