Perubahan diri kunci kegencaran dakwah

Batu Pahat, 9 Feb- Bertepatan ayat al-Quran Surah Ar-Ra’d ayat 11 yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.”

“Kita semua kena bersedia untuk berubah. Jangan sentiasa berada dalam zon selesa.” Ujar Yang Di-Pertua ISMA Batu Pahat, Cikgu Zulkiplee bin Hassan ketika ditemui di Mesyuarat Agung Dwi Tahunan 2019/2020 Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Batu Pahat semalam.

Tambahan itu, YDP Isma Batu Pahat juga berharap agar semua Ahli Isma bersedia untuk berubah dari segi mental, ruhi, fizikal dan intelek. Seterusnya menjadi proaktif berbanding hanya bersikap reaktif pada sesuatu perkara.

Rentetan itu, Ketua Wanita Isma Cawangan Batu Pahat Ustazah Zainatullukma Idris juga menyatakan harapannya kepada jawatankuasa yang baru dilantik agar membuat perubahan cara kerja lama kepada cara kerja baharu dalam mendepani ancaman dakwah masa kini.

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Isma Batu Pahat yang dihadiri kira-kira seramai 30 orang ahli Isma Batu Pahat itu telah berjalan dengan jayanya di Pejabat Isma Cawangan Batu Pahat semalam.

 

Marilah bersama menyokong kempen Malaysia negara Islam dengan menandatangani petisyen bit.ly/malaysianegaraislam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *