Perutusan Aidilfitri 1438H Presiden Isma

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الانبياء والمرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين، أما بعد

اللهُ اكبَرْ, اللهُ اكبَرْ اللهُ اكبَرْ اللهُ اكبَرُوَللهِ الحَمْد

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Saya sekeluarga ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin kepada seluruh warga ISMA, sahabat-handai serta seluruh muslimin dan muslimat di mana sahaja mereka berada.

Muslimin-muslimat yang dikasihi sekalian,

Hari Raya Aidilfitri adalah hari untuk kita meraikan kemenangan besar di mana manusia diberi pengampunan, menjadi suci bersih seperti di awal kelahiran mereka. Semoga kita semua termasuk dalam kalangan mereka yang diterima oleh Allah SWT. Kita bersyukur dengan kejayaan kita dalam membersihkan diri daripada kekotoran nafsu.

اللهُ اكبَرْ, اللهُ اكبَرْ اللهُ اكبَرْ اللهُ اكبَرُوَللهِ الحَمْد

Mudah-mudahan berbekalkan jiwa yang suci ini, kita umat Islam terus akan memilih jalan ketinggian dan kemuliaan serta menentang jalan kesesatan yang dimurkai oleh Allah SWT. Semoga kita terus berjuang di jalan hidayah, menggenggam petunjuk Nabi SAW dan Rasul-rasul sebelumnya, serta menolak jalan kekufuran, kesyirikan dan atheis yang jelas memusuhi Allah dan Rasulnya.

Hari ini kita berdepan dengan cabaran yang sangat getir. Kita berdepan dengan ancaman penghapusan yang menyeluruh terhadap sesiapa sahaja yang kekal berpegang dengan al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW, dengan alasan untuk memerangi keganasan. Ini didalangi oleh penyembah-penyembah Iblis dalam rangka Yahudi dan Kristian yang mahu memangkinkan sistem baru dunia atas asas kufur dan ilhad.

Kita wajib kembali kepada agama sebagai penyelesaian kepada kemelut yang melanda ini. Umat Islam wajib untuk kembali bersatu-padu dan mengelakkan perpecahan supaya musuh-musuh Islam tidak mempunyai ruang untuk meniup api permusuhan dan perpecahan.

Hari Raya adalah hari kemenangan dalam kita menghadapi godaan Syaitan. Moga-moga ia menjadi kekuatan dalam kita berhadapan dengan kejahatan musuh yang menyembah Iblis dan Syaitan. Saya menyeru agar kita menggunakan kesempatan yang ada pada hari raya ini untuk mengeratkan hubungan silaturahim, merapatkan ukhuwah seagama dan sebangsa. Lupakanlah segala perbezaan dan rapatkan saf pada hari yang mulia ini.

Akhir kata, saya menyeru kepada seluruh umat Islam di Malaysia agar mensyukuri nikmat iman, keamanan dan perpaduan dan berusaha mengekalkannya.

اللهُ اكبَرْ, اللهُ اكبَرْ اللهُ اكبَرْ اللهُ اكبَرُوَللهِ الحَمْد

وبالله التوفق والهدية ,والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ustaz Haji Abdullah Zaik bin Abd Rahman
Presiden ISMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *