Perutusan Presiden iGuru Sempena Hari Guru 2017

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh buat semua warga pendidik,

Tanggal 16 Mei setiap tahun kita meraikan Sambutan Hari Guru. Jasa dan sumbangan para guru terhadap negara dan bangsa cukup signifikan. Merekalah pendidik yang membina generasi masa depan sebuah negara.

Dalam sejarah babak-babak perjuangan menuntut kemerdekaan, gurulah pelopor kebangkitan dan agen pengubah masyarakat. Merekalah pencetus dan pelopor gerakan.

Hari ini, cabaran pendidikan semakin mencabar dan rencam. Ini menuntut para pendidik melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu, kemahiran dan sikap positif. Tanpanya pendidikan kita tempang dan generasi kecundang.

Bersempena dengan sambutan Hari Guru pada tahun ini, Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGURU) menyeru semua warga pendidik meningkatkan komitmen dan kesungguhan, mengikhlaskan niat, menguatkan tekad dan azam, membangun cita-cita dan agenda untuk membina generasi pewaris bangsa yang memiliki harga diri dan izzah.

Sesungguhnya kekuatan sebuah generasi, pokok pangkalnya di tangan para pendidik berjiwa murobbi, mendidik generasi tanpa henti, keringat dicurah menta’dib budi sehingga lahir generasi robbani.

Selamat Hari Guru 2017
‘Guru Pembina Negara Bangsa’

#gurupendidikummah

Ustaz Mohd Azizee Bin Hasan
Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGURU)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *