Poster Hina Nabi: Pemuda ISMA Subang Jaya buat laporan polis

Oleh: Afzal Eizaaz Abdul Ghani

SUBANG JAYA, 25 Julai – Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Subang Jaya bersama-sama Pemuda PAS kawasan Subang, Pemuda IKATAN Selangor dan Pemuda UMNO kawasan Subang membuat laporan polis berikutan poster menghina Nabi Muhammad s.a.w. oleh pengguna Facebook bernama Wendy Loong, malam tadi.

Ketua Pemuda ISMA Subang Jaya bersama parti politik Pas, Umno dan Ikatan membuat laporan polis pada 25 Julai 2019

Pemuda ISMA yang diwakili oleh Ketua Pemuda, Ustaz Fahmi Bazlan Muda bersama ahli-ahli ISMA Subang Jaya membuat laporan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di sini.

Ketua Pemuda ISMA Subang Jaya mengecam tindakan menghina sensitiviti agama Islam di Malaysia

Laporan polis bersama itu dibuat sebagai tanda solidariti umat Melayu-Islam khususnya di kawasan Subang Jaya terhadap provokasi dan penghinaan terhadap agama Islam.

Hantaran yang telah dimuat naik berupa karikatur seekor babi yang telah meliwat seorang lelaki Arab yang dinamakan sebagai Nabi Muhammad menimbulkan rasa tidak puas hati dan marah dalam kalangan masyarakat Muslim dan boleh menimbulkan keadaan tidak tenteram dengan menyentuh sensitiviti agama ini. 

Kes ini disiasat menurut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *