Program Bakul Ramadhan bantu asnaf sekitar Kota Bharu

KOTA BHARU 17 Jun – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Kota Bharu telah merasmikan program Bakul Ramadan 2017 di Pejabat ISMA Kota Bharu hari ini. Program ini adalah kerjasama daripada ISMA Kota Bharu dengan Yayasan Ikhlas (YI), i-Medik, i-Guru, dan KRIM.


ISMA Kota Bharu memperolehi sumbangan kira-kira Rm5,000 menerusi Biro Wanita dan i-Guru bagi penganjuran program ini. Ketua Wanita Isma cawangan Kota Bharu, Ustazah Asmahriah Wan Ibrahim berkata, menerusi sumbangan ini pelbagai aktiviti amal dan kemasyarakatan dapat dianjurkan bagi membantu golongan yang memerlukan. Menurutnya lagi, program Bakul Ramadan dilaksanakan setiap tahun dan maklum balas yang diterima adalah positif.

Sumbangan dalam bentuk beg berisi beras, gula dan keperluan makanan lain beserta sampul duit raya telah berjaya diagihkan kepada 45 keluarga asnaf dari daerah ini.


Selain daripada memberi sumbangan Bakul Ramadhan dan sampul duit raya, Wanita Isma turut bekerjasama dengan masyarakat mengadakan program Seminar Ramadan selain Usrah Wanita pada setiap bulan.


Program ini seterusnya akan diadakan di beberapa lokasi lain, antaranya Hospital Universiti Sains Malaysia(HUSM), Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) dan juga lawatan ke rumah-rumah golongan asnaf yang melibatkan kira-kira lebih seratus keluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *