Program Bijak Berbicara Melatih Anak-anak Kecil Lebih Petah dan Berani

SHAH ALAM, 30 Jamadil Akhir 1439H, Rabu – NAZIM Shah Alam dengan kerjasama AMPAC tampil menganjurkan program Bijak Berbicara bertempat di Perpustakaan Awam Tun Raja Uda (PPAS), Shah Alam pada Ahad yang lalu. Program kali ini disertai 23 orang peserta, terdiri daripada kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia antara 7 hingga 12 tahun.

Pengarah Program , Rosezalina Lazim mengucapkan terima kasih kepada semua yang menjayakan program Bijak Bicara kali ini, “Alhamdulillah terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi menghantar anak-anak dan sentiasa menyokong kami. Diharap anak-anak beroleh sesuatu yg bermanfaat dan semakin berani berbicara selepas ini inshaAllah ”

“Kami di NAZIM mempunyai matlamat untuk melahirkan suasana yang soleh dan solehah dan petah berkata-kata sejak kecil lagi. Saya harap peserta NAZIM dapat mengambil manfaat daripada program Bijak Bicara yang dijalankan.”

Memetik ucapan yang disampaikan Al Fadhil Ustaz Mohammad Rizal Sabran, Yang Dipertua ISMA Shah Alam, “Anak-anak perlu didedahkan dengan program seperti ini kerana merekalah pewaris yang bakal memimpin ummah di masa hadapan.”

Aktiviti Bijak Bicara kali ini tambah menarik dengan tempat yang amat selesa dan cantik dipilih iaitu Perpustakaan Awam Tun Raja Uda, Shah Alam. Terima kasih diucapkan kepada pihak PPAS yang turut menganjurkan Bijak Bicara kali ini.

Menurut seorang ibu, Puan Nursita Yuslina katanya, “Terima kasih pada semua yang terlibat dalam menjayakan program harini. Terima kasih juga yang tak terhingga kerana banyak membantu anak saya, Fieras, harini. Jazakallah”.

“Alhamdulillah. Semua anak-anak adalah pemenang! Happy tengok semangat anak-anak yang tolong menolong antara satu sama lain semasa majlis dijalankan tadi”, kata ibu kepada adik Aqeel, Puan Intan.

Semoga, anak-anak NAZIM menjadi anak yang soleh dan solehah dan menjadi pemimpin ummah masa hadapan.

Tahniah kepada para pemenang yang telah berbicara dengan penuh karisma.

Fadhilah Bachok
Aktivis Nazim Shah Alam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *