Pupuk Amalan Sedekah dalam Kemeriahan Sambutan Hari Raya

  

IPOH, 16 Julai – Kemeriahan sambutan Raya Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Ipoh bukan hanya sekadar bergembira malah sambutan yang diadakan turut memupuk unsur-unsur amalan sedekah dalam kehidupan seharian. Majlis tersebut telah dimulakan dengan alunan ayat suci Al-Quran beserta terjemahan daripada surah Al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud,

“Perumpamaan orang yang meninfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (pahala) bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha mengetahui.”

Sambutan tersebut turut diesertakan dengan pelancaran Fasa 1 Pembangunan Kompleks Maahad Imtiyaz oleh Encik Norali bin Nordin yang merupakan Presiden Kelab Bakti Gunung Keledang. Kelab tersebut telah memberi sumbangan berjumlah 1.7 juta ringgit dalam usaha pembangunan kompleks berkenaan.

“Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menyumbang dalam usaha membangunkan Kompleks Maahad Imtiyaz. Sumbangan termasuklah daripada wakaf tanah dan juga dalam bentuk kewangan amatlah dihargai oleh pihak sekolah,” ujar Ustaz Zamri Bin Hashim yang merupakan YDP Isma cawangan Ipoh yang juga merupakan Timbalan Mufti negeri Perak ketika memberi ucapan dalam majlis tersebut.

Majlis yang telah diadakan dengan penuh kemeriahan ini telah diadakan oleh kakitangan Akademi Ikatan Muslimin termasuk Sekolah Menengah Maahad Imtiyaz, Sekolah Rendah Imtiyaz dan Tadika Imtiyaz dengan kerjasama warga Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Ipoh.

Turut serta bagi memeriahkan majlis tersebut adalah Ustaz Abdullah Zaik Presiden Isma, Dato Hj Mohd Yusop Husin, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) dan Toh Puan Datin Seri Ramlah bt Abdul Latib.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *