Pusat Komuniti Isma Gombak dilancarkan

Oleh Syarifah Aisya

GOMBAK, 15 Julai – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Gombak telah melancarkan Pusat Komuniti dalam majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Isma Gombak.

Pusat komuniti yang bertempat di Taman Batu, Batu Caves ditubuhkan sebagai pusat aktiviti antara ahli Isma dan masyarakat sekitar Gombak.

“Pusat komuniti ini merupakan platform untuk ahli Isma dan masyarakat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti bermanfaat yang berteraskan nilai-nilai Islam untuk kebaikan masyarakat Gombak, “ demikian kata Yang Dipertua Isma Gombak, Encik Mohd Zuraidi Zakaria dalam ucapan aluannya.

Majlis perasmian pusat komuniti ini telah disempurnakan oleh Presiden Isma, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman di Majlis Sambutan Aidilfitri Isma Gombak di Restoren Nelayan Titiwangsa di sini.

Majlis ini turut dihadiri oleh Encik Izzudin wakil Timbalan Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa, Encik Badrulizam bin Bakhri,Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kolej Islam Antarabangsa (IIC), Dr Khairil dari UniKL BMi, Ustaz Md Noor, Ketua Pemuda Pas Gombak, Naib Yang Dipertua dan Ketua Wanita Haluan Gombak, Ustaz Azhar mewakili Orang Asli Gombak, wakil Muafakat, wakil Maahad Tahfiz Misbahul Falah, pemimpin persatuan pelajar dari UIAM dan IIC serta masyarakat setempat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *