Ramai Memandang Ringan Bulan Sya’ban – Timbalan Mufti Perak

Oleh Siti Nor Atifah Binti Mohamad Asri

IPOH, 27 April – “Ramai diantara kita memandang ringan akan kepentingan bulan Sya’ban, dimana dalam bulan inilah Rasullulah SAW mengambil peluang untuk memperbanyakkan ibadah puasa sunat baginda. Malah isteri baginda Siti Aisyah turut mengambil peluang untuk mengantikan puasa wajibnya pada bulan Sya’ban.”, ujar Ustaz Zamri bin Hashim yang merupakan Timbalan Mufti Perak, merangkap YDP ISMA cawangan Ipoh dalam sebuah ceramah beliau menerusi slot Hadith Thulasa’ di Surau Al-Ikhlas, Ampang Mewah semalam.

Tambah Ustaz Zamri lagi, bagi menyiapkan diri menghadapi bulan Ramadan yang mulia, kita disarankan untuk menjaga kesihatan tubuh badan agar dapat beribadat dengan lebih baik nanti.

Para jemaah turut diingatkan agar tidak keliru dalam beribadat dengan terlalu melebihkan soal teknikaliti sehingga melupakan matlamat utama ibadat, iaitu untuk khusyuk dan mendapat redha Allah SWT. Hal ini ditegaskan kerana mengambil kira akan situasi masyarakat kini yang lebih berminat untuk membincangkan isu ‘format’ ibadat berbanding matlamat sebenar ibadat itu sendiri.

Sementara itu, Ustaz Zamri turut menyarankan orang ramai untuk memperbanyakkan amalan sunat di bulan Ramadan nanti seperti bersedekah dan memberi makan kepada orang berpuasa, di samping amalan ibadah solat terawih.

Slot Hadith Thulasa anjuran Biro Dakwah ISMA cawangan Ipoh dan Surau Al-IKhlas ini diadakan pada setiap hari Selasa minggu keempat setiap bulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *