Rangkuman aktiviti ISMA Subang Jaya sepanjang Oktober

ISMA Subang Jaya terus komited mengarus perdanakan agenda dakwah, ukhuwah dan pemerkasaan jati diri masyarakat Islam setempat melalui penganjuran pelbagai aktiviti.

Antara program yang menjadi tumpuan pada bulan ini ialah Kejohanan Badminton Wanita anjuran bersama Wanita ISMA Subang Jaya dan Surau Al-Madaniah dengan kerjasama KRIM Subang Jaya dan I-Guru Subang Jaya pada 26 Oktober.

Selain itu, Pemuda ISMA Subang Jaya juga telah menganjurkan futsal dwimingguan pada 11 dan 25 Oktober di USJ 23.

Program lain yang turut dijalankan ialah Ijtimak Am Bulanan oleh Ustaz Salman bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Operasi Yayasan MTAEF di Masjid Al-Irsyad, USJ 1 pada 29 Oktober.

Oleh:
Fakhruddin Afif Fauzi
Pengarang / Jurnalis
ISMA Subang Jaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *