Rangkuman aktiviti ISMA Subang Jaya sepanjang September

Alhamdulillah, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Subang Jaya telah berjaya menggalas amanah dakwah dan pembangunan jatidiri umat melalui pelaksanaan program-program merentas lapisan masyarakat di sekitar Subang Jaya.

Wanita ISMA Subang Jaya memulakan rentak aktiviti bulanan melalui program berkala Usrah Wanita di Surau Al-Mustaqim, Mentari Court Bandar Sunway dengan topik “Peringatan Akhir Zaman”.

Kelab Remaja ISMA (KRIM) Subang Jaya telah menjalankan Program Pemantapan Akidah dan Kerohanian di SMK Seksyen 27 Shah Alam pada 27 dan 28 September khusus untuk pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang akan menghadapi peperiksaan SPM. Program ini bertujuan menanam sikap menjaga amalan-amalan fardi khusus solat di samping mengamalkan kehidupan berteraskan syariat.

Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (I-Guru) Subang Jaya juga telah menganjurkan tuisyen percuma kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 di Kinrara, Puchong pada 25 September.

I-Guru Cawangan Subang Jaya turut menggembleng tenaga membangun jatidiri remaja dengan menganjurkan Perkhemahan Remaja di Kem Pertak, Kuala Kubu Baru pada 28 dan 29 September.

Selain program remaja, program lain yang turut menjadi tumpuan pada bulan September ialah persediaan menghadapi Kejohanan Bola Sepak Piala Presiden ISMA bagi Zon Tengah – Selatan di mana ISMA Subang Jaya melalui Biro Pemuda telah menghantar satu pasukan yang telah bersiap siaga melalui beberapa siri perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab tempatan.

Foto-foto aktiviti dan rakaman kuliah boleh didapati di laman Facebook ISMA Subang Jaya dan laman web ISMA Subang Jaya.

ISMA Subang Jaya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan SPM kepada adik-adik Tingkatan 5.

Oleh:
Fakhruddin Afif Fauzi
Pengarang / Jurnalis
ISMA Subang Jaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *