Rasional dalam memilih bidang pengajian dan kerjaya menentukan kejayaan mahasiswa

 

Nilai, 7 April – Biro Luar Negara ISMA komited untuk menghasilkan mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah berwibawa dalam sahsiah dan jati diri mereka.

Mahasiswa juga ditekankan untuk memahami personaliti mereka dan memahami rasional dalam memilih bidang pengajian dan kerjaya, bukan sekadar mengehadkan pemilihan berdasarkan biasiswa yang ditawarkan, mahupun berdasarkan pilihan ibubapa.

Menerusi program akademik, Survivor yang dianjurkan oleh Biro Luar Negara Cawangan Seremban, para peserta diberi pendedahan mengenai kepentingan mengenali personaliti individu, serta kecenderungan mereka terhadap bidang-bidang kerjaya yang ada di pasaran.

Menurut Shafinah, pelajar persediaan A-Level German, program ini telah banyak memberi ilmu dan pendedahan sebagai seorang pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Harapannya juga agar program ini diteruskan di masa akan datang.

“Para pelajar perlu jelas mengapa mereka memilih bidang pengajian. Keputusan itu akan menentukan kepuasan dan kejayaan mahasiswa dalam karier mereka pada masa hadapan”, ulas Ir. Haji Lukman al-Hakim, dalam slot “Let’s Go Beyond Average”.

Biro luar negara ISMA cawangan Seremban telah menganjurkan satu seminar akademik iaitu SURVIVOR 2018 bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia baru-baru ini. Dengan bertemakan “Strive for Excellence”, SURVIVOR telah berjaya mengumpul 43 orang peserta dari pelbagai kolej persediaan serta lepasan SPM yang bakal ke luar negara.

 

Ezaty Rusli, Wartawan Biro Luar Negara ISMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *