Remaja berbasikal maut, ibu bapa disaran awasi anak-anak terutama waktu malam

Seluruh warga Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) cawangan Johor mengucapkan takziah dan rasa simpati buat seluruh ahli keluarga sekumpulan remaja yang maut dan cedera akibat kemalangan berbasikal yang berlaku di Johor Bahru, tengah malam tadi.

(http://www.ismaweb.net/2017/02/sembilan-remaja-berbasikal-maut-dirempuh-kereta-empat-lagi-parah/)

Mengambil iktibar daripada peristiwa tragis tersebut, semua pihak seharusnya perlu bersama berganding bahu dan memainkan peranan penting untuk menyelesaikan masalah ini.

Sehubungan dengan itu, ibu bapa disarankan untuk lebih prihatin dan berwaspada dalam mengawasi gerak geri anak-anak mereka terutamanya ketika waktu malam. Luangkan aktiviti bersama mereka agar wujud hubungan yang baik diantara ibu bapa dan anak-anak.

Selain itu, masyarakat sekeliling juga boleh bersama membantu untuk memantau aktiviti yang kurang sihat disekitar mereka. Laporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Peranan NGO dan para sukarelawan juga tidak kurang pentingnya. NGO dan sukarelawan perlu bijak dan kreatif merancang aktiviti dalam usaha untuk menarik minat remaja menghadiri program-program yang bermanfaat, supaya potensi sebenar yang ada dalam diri remaja dapat disumbangkan kearah yang lebih baik.

Akhir sekali, individu remaja itu sendiri perlu sentiasa memastikan masa dan tenaga mereka diisi dengan sesuatu yang berfaedah dan memberi manfaat untuk pembentukan diri yang cemerlang dari aspek spiritual, intelektual dan emosional.

Semoga tragedi ini dapat memberi pengajaran berguna kepada segenap lapisan masyarakat untuk mempertingkatkan lagi usaha mendekati remaja dengan pelbagai aktiviti-aktiviti khususnya untuk menarik golongan ini.

Muzhaffar Mohd Zaki,
Pengarah Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM)
Cawangan Johor.

3 comments

Leave Comment
  1. Irfan Rasli

    Apa salah budak2 tu nak berbasikal?yg salahnya tetap yg memandu tu…..saranan sepatutnya kepada pemandu utk pasang headlights!kalau bukan budak tu dilanggar,org lain yg akan dilanggar…..ini masalah keluar malam ke masalah memandu secara bahaya?kalau dah langgar sorg pun tak berhenti lagi mmg salah pemandula

  2. Shafian

    Keadaan ni day berbelas tahun beelaku di kawasan tu kekadang sampai ke pantai lido takde pon dengar mereka do beri amaran atau di tangkap Semarang day kena langgar baru semua kecoh

  3. Shafian

    Keadaan ni dah berbelas tahun berlaku di kawasan tu kekadang sampai ke pantai lido takde pon dengar mereka di beri amaran atau di tangkap Sekarang dah kena langgar baru semua kecoh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *