Riadah NAZIM bentuk generasi yang sihat

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

BOTA KANAN – “Kita bukan sahaja ingin membentuk jatidiri yang mantap di kalangan anak-anak NAZIM, malah kita ingin  melahirkan generasi rabbani yang kuat, cergas dan sihat tubuh badan yang berterusan.”

Ketua Wanita ISMA Seri Iskandar, Ustazah Norakilah berkata demikian ketika ditemui semasa program Riadah NAZIM Seri Iskandar di sini.

Program yang terbuka kepada anak-anak lelaki dan perempuan ini mendapat penyertaan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat.

“Objektif Riadah NAZIM kali ini ialah menanam minat anak-anak untuk berhibur secara sihat dengan memahami tuntutan sebagai hamba yang mempunyai fitrah yang suci,” kata Ustazah Norakilah lagi apabila ditemuramah oleh wartawan.

Wartawan ISMA SI
Noorhuda Zahari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *