SAC pertama NAZIM Shah Alam pertama bertemakan Isra’ Mikraj

 

Oleh : Nor fadhilah bt bachok

SHAH ALAM, 15 April 2018, Ahad – Kelab Anak-anak Hebat (NAZIM) Shah Alam, telah menganjurkan SAC yang pertama bertemakan Isra’ Mikraj. Smart Aulad Circle ataupun dikenali sebagai SAC telah diadakan di Pejabat ISMA Shah Alam bermula jam 8.30 pagi hingga 12 tengah hari.

Program SAC kali pertama ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan seramai 46 peserta.

Bermula dengan pengisian Isra’ Mikraj yang disampaikan oleh Ustaz Shaheir Sa’min, objektif pengisian Isra’ Mikraj ini adalah memupuk keimanan adik-adik NAZIM menelusuri kisah perjalanan Rasulullah dan keimanan para sahabat ketika menerima berita perjalanan baginda dari Makkah ke Palestin dalam satu malam.

Pengarah SAC tersebut, Puan Nor Fadhilah Bt Bachok berkata, program ini merupakan satu program yang dianjurkan oleh NAZIM Shah Alam secara berkala, di samping program Smart Aulad Play (SAP) dan program-program cuti sekolah yang telah disusun khas untuk ahli-ahli NAZIM.

“Pada tahun ini juga, terdapat acara dwitahunan iaitu Festival NAZIM yang melibatkan beberapa cawangan NAZIM seperti Kuala Lumpur, Subang, Klang dan lain-lain. Festival NAZIM kali ini mempertandingkan lima acara iaitu hafazan, nasyid, azan, pidato dan bercerita. Dengan itu, pada SAC kalini, kami juga membuat saringan awal untuk memilih ahli NAZIM yang berminat menyertai salah satu acara tersebut.”

“Di majlis penutup, para peserta telah membuat persembahan berdasarkan lima acara yang dipertandingkan. Kit NAZIM turut diserahkan di akhir program,” katanya setelah tamat program.

Turut hadir pada majlis penutup SAC yang pertama adalah para ibubapa dan Ustaz Shahier Sa’min selaku jemputan penceramah dan turut membimbing peserta lelaki bagi acara azan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *