Sambutan Maal Hijrah 1439H se-NZ: ISMA NZ Komited Mendidik Masyarakat

NEW ZEALAND, 14 Muharam 1439H – Sambutan Maal Hijrah telah berjaya dilangsungkan secara besar-besaran oleh ISMA New Zealand di empat kawasan utama iaitu Auckland, Wellington, Christchurch dan juga Dunedin. Seramai 20 hingga 50 orang tetamu hadir ke majlis di setiap kawasan dan mereka terdiri daripada kalangan pelajar  pelbagai bidang pengajian.

‘Pembinaan Negara Islam Madinah’ yang merupakan topik bagi majlis tersebut, bertepatan dengan matlamat ISMA New Zealand dalam mendidik masyarakat. Para tetamu telah diterangkan mengenai kepentingan membina sebuah negara Islam berpandukan pembinaan negara Islam Madinah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat.

Majlis tersebut berlangsung selepas tamat bacaan surah al-Kahfi secara beramai-ramai. Ianya merupakan aktiviti mingguan pelajar-pelajar di New Zealand yang dikendalikan oleh ISMA New Zealand pada setiap malam hari Khamis.

 

Muhaimin Badarisam
Ketua Biro Komunikasi dan Multimedia
ISMA New Zealand

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *