Sedari Musuh Nyata Zaman-berzaman

 

PETALING JAYA, 7 Julai – “Sejak zaman Nabi Adam sehingga sekarang Islam sentiasa mempunyai musuh. Rasulullah yang paling bertoleransi juga akhirnya mempunyai musuh,” ujar Ustaz Muhd Fauzi Asmuni, Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Beliau berkata demikian sebagai mukadimah semasa Forum Cabaran Agenda Umat Islam Malaysia anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) di Masjid Tun Abdul Aziz.

Ustaz Fauzi turut mengulas isu portal media liberal yang memutar belit cerita mengenai kenyataan Presiden Isma, Ustaz Abdullah Zaik mengenai isu eksploitasi wanita dalam iklan apabila diajukan soalan oleh hadirin yang hadir. Menurut beliau, para pembaca juga harus mempunyai akhlak sebagai seorang pembaca yang baik. Pembaca harus mempunyai neraca dan menilai sumber berita dan perkara yang disebutkan dalam berita tersebut.

Forum tersebut membariskan panelis lain iaitu Dr Kamarul Yusoff, Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia di Universiti Utara Malaysia, Engku Ahmad Fadzil, Felo Kanan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) dan Dr Zuhdi Marzuki, Pengarah Pusat Penyelidikan, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat.

Oleh: Nor Syamimi Musa (Aktivis Isma KL)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *