Sejarah Kerajaan Islam, sumber kekuatan ummah

Untitled
Oleh Mohd Farhan Abd latep
KUANTAN, 31 Mac – Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni berkata, sejarah khalifah ummat ini adalah sumber inspirasi bagi kekuatan ummah pada masa hadapan.
 
Menurutnya, sejarah telah membuktikan bahawa umat Islam sentiasa akan diserang dari pelbagai sudut dan ianya tidak berlaku dalam masa yang singkat.
 
“Kita kena sedar sejarah umat Islam adalah sejarah yang sangat terbilang sehingga menjadi rujukan dunia pada ketika itu. Malahan kesemua yang berlaku pada masa lalu adalah hasil daripada kelicikan Yahudi yang merancang dan memperdaya umat Islam sehinggalah ke hari ini.
 
“Hadirin boleh bayangkan bagaimana Kerajaan Uthmaniyyah yang begitu gah suatu ketika dahulu menjadi rujukan dunia ketika itu, lenyap kerana kelicikan musuh Islam yang didalangi oleh puak Yahudi,” jelasnya ketika menyampaikan ceramah bertajuk “Agenda Yahudi di Sebalik Kejatuhan Khilafah Islamiah: Pengajaran Buat Malaysia” di Masjid Saidina Othman Ibnu Affan baru-baru ini.
 
Tambahnya lagi, terdapat beberapa faktor penting yang menyebabkan umat Islam gagal bangkit semenjak kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah.
 
Antaranya ialah tanah jajahan khalifah hanyalah Afghanistan dan Arab Saudi ketika berlaku kejatuhan.
 
Di samping itu, strategi puak Yahudi yang telah menukarkan identiti Islam itu sendiri sehingga hilang jatidiri dan asal usul sejarah Islam.
 
Sambil membawa contoh yang berlaku di negara Gambia, Ustaz Muhammad Fauzi menyatakan sememangnya tujuan puak Yahudi ini merancang menukarkan identiti secara paksa agar jatidiri umat Islam yang cintakan jihad akan menjadi luntur.
 
Jelasnya, puak Yahudi ini juga telah membawa aliran pemikiran baru di negara-negara umat Islam antaranya ialah aliran pemikiran sosialis, liberalisme dan faham ketuanan sivil.
 
“Puak Yahudi ini juga telah berjaya mencelarukan pemikiran jernih umat Islam. Ketahuilah bahawa apa  yang berlaku pada Khalifah Uthmaniyah tidak mustahil akan berlaku di negara ini,” tegasnya.
 
Di akhir ceramah, Ustaz Fauzi mengingatkan agar para hadirin untuk beriman tentang janji Allah bahawa Islam akan tertegak di muka bumi ini pada suatu ketika nanti sambil menasihati agar umat Islam supaya kembali bersatu dalam menghadapi cabaran yang mendatang bagi umat Islam di Malaysia ini.