Selamat Hari Guru

Guru Pembina Negara Bangsa
Tugas mulia tinggi martabat
Lahirkan generasi miliki cita
Membangun negara meneraju ummat

Guru Pembina Negara Bangsa
Mendidik membimbing jemunya tiada
Kemenjadian generasi matlamat utama
Cercaan nista tidak diendahnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Mencorak bakal pemimpin berwibawa
Tegakkan syariat daulatkan agama
Agar ummah hidup sejahtera

Guru Pembina Negara Bangsa
Pangkat gelaran bukan harapan
Ilmu yang diajar amal sentiasa
Cukuplah pahala sebagai ganjaran

Guru Pembina Negara Bangsa
Sedarkan generasi matlamat hidupnya
Ikhlas mendidik tidak berkira
Sedia berkorban masa tenaga

Pesanan buat anak-anakku
Martabatkan ilmu muliakan guru
Menunjuk arah tuju hidupmu
Doakan mereka setiap waktu

USTAZAH NURAFIFAH BT BADARUDDIN,
Aktivis i-Guru Ipoh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *