Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1440H

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengucapkan Selamat Hari Raya Korban (Aidil Adha) kepada semua umat Islam terutamanya di Malaysia.

Hari Raya Korban mengajar dan melambangkan pengorbanan seorang hamba kepada penciptanya.

Ia juga melambangkan ketaatan kepada Rabbnya tanpa soal walaupun berhadapan dengan risiko yang sangat tinggi dan menguji keimanan.

Kejayaan akan hanya diperoleh dengan pengorbanan yang ikhlas.

Hamba yang ikhlas berkorban dan berjuang pasti akan diganjari oleh Allah S.W.T dengan natijah yang luar biasa dan tidak disangka-sangka.

Akhir sekali, marilah kita bersama-sama bertakbir, bertahmid dan memuji Allah yang Esa disamping memohon keampunan dari-Nya.

Selamat Hari Raya Aidil Adha!

Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
10 Ogos 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *