Seminar Komunikasi dan Media Isma Ireland Terap Etika Media Profesional

Dublin, 28 Jan- Biro Komunikasi dan Multimedia Isma UK-Eire dengan kerjasama Isma Ireland hari ini telah berjaya menganjurkan Seminar Pemantapan Komunikasi dan Media di Malaysia Hall, Dublin.

Seminar yang telah dihadiri oleh pimpinan Isma Ireland dan ahli Isma Ireland ini bertujuan untuk mengasah bakat komunikasi dan media dalam kalangan ahli serta mendedahkan ahli Isma terhadap kepentingan media sebagai alat propaganda yang mengubah persepsi masyarakat.

Seminar yang telah disampaikan oleh Ketua Biro Media dan Komunikasi Isma UK-Eire, saudara Thalhah Kamarol Zaman turut disusuli dengan latihan praktikal pengucapan umum dan asas perdebatan.

Saudara Thalhah dalam satu temu ramah bersama Media Isma Eropah berkata, “Isma UK-Eire mempunyai cita-cita yang sangat jelas untuk membangunkan mahasiswa beragenda maka dalam diri setiap mahasiswa perlu disediakan dengan kemahiran-kemahiran yang sangat penting seperti komunikasi dan media.”

Ujar beliau lagi, “dalam dunia hari ini, kemahiran pengucapan awam dan perdebatan merupakan kemihiran asasi yang sangat penting sekiranya kita ingin melihat lahirnya generasi pemimpin Islam yang berkaliber dalam generasi yang mendatang.”

Salah seorang peserta seminar, saudara Qamarul yang sempat dihubungi Media Isma UK-Eire berkata, “ini merupakan pengalaman menarik kepada saya kerana seminar yang telah disampaikan oleh penceramah memberikan tips yang sangat berguna untuk berucap dengan penuh yakin di khalayak ramai.”

Latihan amali komunikasi juga turut dibantu oleh Penolong Ketua Perhungan Isma Ireland, saudari Fatin Fadzli.

Biro Komunikasi dan Media Isma UK-Eire

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *