Sentuhan Ramadan beri pengalaman baru kepada peserta KRIM

Oleh: Afnan Tumiran

KUALA PILAH, 30 Mei – “Mula rasa takut, lama-lama seronok,” kata Khairul  salah  seorang peserta Sentuhan Ramadan Kelab Remaja ISMA (KRIM) Kuala Pilah, yang telah diadakan di Surau Taman Senimas, Kuala Pilah melibatkan enam orang remaja setempat yang lain.

Antara objektif program ialah merasai kesusahan insan yang kurang bernasib baik, menambah keyakinan diri apabila berdepan dengan orang ramai, melatih ‘personal skill’ dalam kalangan remaja dan menanam rasa pemurah dengan bersedekah kepada orang lain.

Program telah bermula pada jam 4 petang dengan menyediakan kit berbuka puasa. Seterusnya peserta dibawa ke tempat-tempat yang telah dikenalpasti untuk diedarkan kit berbuka puasa.

Program telah tamat sekitar jam 6.50 petang dan diikuti dengan iftar bersama penduduk  Taman Senimas, Kuala Pilah. Salah seorang ibu kepada peserta terbabit mengucapkan terima kasih kepada penganjur kerana memberikan pendedahan dan pengalaman baru kepada anaknya. Diharapkan program sebegini akan diadakan lagi di masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *