Sertai ISIS : Bukan jihad sebenar

berita1

Oleh Ammar bin Ahmad Rajii

SHAH ALAM, 27 Mei –“Peperangan dalam Islam bukan bertujuan untuk mendapatkan mati syahid bahkan ia adalah salah satu wasilah atau cara untuk menyampaikan Islam. Sebab itu peperangan yang berlaku pada zaman Rasulullah saw penuh dengan strategi, kemahiran dan kelengkapan baju besi,” ujar Ustaz Abdul Rahman bin Iskandar Naib Yang Dipertua (NYDPI Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Kota Bahru ketika mengulas tindakan rakyat Malaysia yang menyertai ISIS dengan berbekalkan kefahaman mati syahid yang salah.

“Untuk mati syahid ada syarat-syaratnya, bukan semua yang mati di medan peperangan akan mati syahid. Mati syahid adalah satu anugerah,” ujarnya lagi

Ustaz Abdul Rahman juga turut berkongsi antara syarat untuk menyertai Briged Al-Qassam di Palestin. Antaranya adalah mendapat keizinan ibu bapa serta mempunyai hubungan yang baik dengan mereka.

Ustaz Abdul Rahman turut membidas tindakan sebilangan rakyat Malaysia yang menyertai ISIS tanpa pengetahuan keluarga serta ada yang sanggup memutuskan silaturrahmi antara ahli keluarga.

Ustaz Abdul Rahman ditemui ketika menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Fiqh Jihad – Membetulkan Jalan Yang Terpesong’ di Surau Al-Islah, Sekysen 7 sempena program Israk Mikraj anjuran Biro Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Shah Alam baru-baru ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *