SERWANIS Kemaman dedah kepentingan kesihatan mental

Oleh: Hawa Mahmood

KEMAMAN, 24 Ogos – “Tuntutan tanggungjawab serta situasi persekitaran dewasa ini menyebabkan ramai rakyat Malaysia berisiko tinggi menghadapi masalah tekanan yang serius sehingga akhirnya menjejaskan kesihatan mental.”

Demikian katan Puan Siti Marhani binti Hamdan, Pengarah Seminar Wanita Islam (SERWANIS) dengan tema “Minda Sejahtera, Wanita Bahagia” yang berlangsung di Majlis Perbandaran Kemaman, Sabtu lalu.

Menurut beliau, kebanyakan ahli keluarga serta orang di sekeliling mereka yang mengalami masalah kesihatan mental tidak tahu bagaimana untuk menghadapi situasi ini disebabkan kurangnya ilmu dan pendedahan, serta bimbangkan stigma masyarakat sekeliling.

“Pada hari ini, kita dapat lihat sangat banyak kesan dari tekanan emosi yang berlebihan hatta daripada peringkat kanak-kanak dan remaja lagi, contohnya kes buli, penderaan, jua percubaan bunuh diri,” ujarnya

Seminar anjuran Wanita ISMA tersebut dihadiri hampir 130 peserta dengan objektif memberi pendedahan yang jelas berkaitan kesihatan mental, memberi kefahaman tentang kepentingan pengurusan kesihatan mental serta memberi motivasi dan kesedaran tentang kepentingan persekitaran yang positif bagi membantu peningkatan kesihatan emosi.

Dr Rozanizam Zakaria

Dalam seminar itu juga, Dr. Rozanizam Zakaria, Penolong Professor serta Pakar Psikiatri, Kuliyyah Perubatan UIAM, yang merupakan salah seorang panel jemputan menjelaskan sokongan sosialadalah antara kunci penting untuk kesihatan mental disamping sentiasa libatkan diri dengan aktiviti yang positif.

”Apabila mempunyai pelbagai masalah, berhenti sejenak dan fikir dahulu. Cuba selesaikan yang paling besar dan jangan lupa berkomunikasi dengan baik bagi masalah yang melibatkan orang lain,” ujarnya lagi.

Ustazah Suriani Sudi

Seorang lagi panel jemputan iaitu Ustazah Suriani Sudi, ketua wanita ISMA Malaysia ada menyebut berberapa point penting berkenaan dengan pengurusan stress wanita termasuk kepentingan mempunyai “Me-time“.

‘Me-time’ ialah masa bersendirian di mana kita memperuntukkan sedikit masa berkualiti untuk bersama dengan kawan-kawan bagi melakukan aktiviti yang disukai seperti melancong dan membeli belah.”

“Namun begitu, ‘Me-time’ yang paling penting adalah bersama Allah, seperti mengambil masa sebelum subuh untuk beribadat kepada Allah,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *